Dengan Nama Allah Yang Maha Luas rahmat-NYA lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad, rasul yang diutus sebagai satu rahmat buat alam semesta ini. Juga keatas kerabat baginda, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka sehingga ke Hari Pembalasan. Amma Ba'du. Sidang pengunjung sekalian, Sesungguhnya dakwah kami di Madrasah Dar Al-Hadith (MADAH) mengajak diri kami sendiri dan seluruh masyarakat di Malaysia kepada Islam versi yang dibawa oleh junjungan Nabi lalu diterima oleh para sahabat baginda seterusnya diwarisi oleh generasi soleh berikutnya sehinggalah ke hari ini. Islam versi asal terbina diatas dua asas iaitu Al-Quran dan As-Sunnah dimana kedua-duanya adalah wahyu yang diturunkan dari ALLAH Taala. Al-Quran adalah firman ALLAH Taala yang menjadi asas kepada segala asas di dalam agama Islam manakala As-Sunnah yang merangkumi sabda Nabi, perbuatan, taqrir dan karakter baginda berperan sebagai penerangan utama baginy...